1.Pasar Besar Siti Khadijah
Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.Perlu diingatkan yang pasar ini beroperasi dari pukul 6.00 pagi sehingga 7.00 malam.Kemudahan ATM seperti BSN dan Maybank terdapat berdekatan dengan pasar ini.
Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur.
2.Pantai Senok,Bachok
Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan merupakan ‘antara lokasi pelancongan yang popular di Kelantan. Ia mula dikenali dan dikagumi. Ia dikatakan merupakan ‘Pulau Nami’ di Malaysia seperti yang terdapat di Korea.Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ini, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial, atau lebih tepat lagi kuasa viral. Facebook dan Instagram sangat berperanan dalam ‘menjual’ dan ‘menjaja’ keindahan Pantai Senok.
3.Pantai Cahaya Bulan
Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.
Disepanjang jalan dari KB ke PCB terdapat banyak gerai yang menjual jagung rebus. Jangan lupa untuk membeli jagung rebus untuk di makan di PCB. Menikmati jagung panas sambil melihat keindahan pantai lebih memberi kepuasan dan menjimatkan poket.
4.Pengkalan Kubor Zon Bebas Cukai
Di Tumpat Kelantan adalah satu lagi tempat shopping barangan tempatan dan buatan Thailand yang agak tersohor dikalangan pengunjung. Dikenali sebagai Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut.
5.Masjid Beijing ,Rantau Panjang
Pembinaan masjid bersni bina Cina adalah bertujuan memecahkan tembok stereotaip yang wujud dalam pemikiran orang bukan Islam bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Maka mereka yang memeluk Islam akan dianggap sudah masuk Melayu. Dengan adanya masjid berseni bina Cina ini sekurangkurangnya dapat menunjukkan kepada mereka bahawa Islam ini adalah universal, milik semua kaum. Negara China telah menerima Islam jauh lebih awal dari Malaysia, kira-kira 1300 tahun yang lalu.
6.Air Terjun Gunong Stong
Taman Negeri Gunung Stong (GSSP) ialah sebuah kawasan berhutan, keseluruhan keluasan ialah 21,950 hektar dengan beberapa puncak gunung yang terkenal. Kawasan ini sungguh indah dengan air terjun tertinggi di Malaysia, Air Terjun Gunong Stong,Jelawang, setinggi tiga tingkat.
Beberapa tempat menarik di Taman Negeri Gunong Stong yang boleh dilawati selain dari kawasan hutan lipur .Antara yang popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara ialah:
- Air Terjun Jelawang yang merupakan salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara.Ia mempunyai 7 tingkat yang boleh dikunjungi.
- Air Terjun Kolam Permaisuri.
- Telaga Tujuh Puteri.
- Gunung Ayam merupakan puncak tertinggi di sini iaitu mencecah 1,504m .Ia adalah lokasi menarik untuk melihat matahari naik dan matahari terbenam.
- Gunong Stong yang berketinggian cecah 1420m.
- Bogo Rock Shelter iaitu Gua Batu Kapur yang berusia lebih 225 juta tahun di Dabong yang menjadi habitat beberapa spesis kelawar dan flora.
7.Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
Rantau Panjang merupakan tempat kawasan bebas cukai yang kedua di Kelantan selepas Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan. Bagi mereka yang gemar membeli belah barang-barang seperti pakaian, periuk, pinggang mangkuk, set tilam, dan sebagainya disini lah syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur.
Jika anda mahu beli barang dengan harga yang murah,bawalah orang Kelantan supaya lebih mudah dan senang untuk tawar menawar, ataupun mereka yang boleh ‘kecek kelate’ (cakap loghat kelantan). Kalau tiada pun tidak mengapa, anda boleh praktikkan beberapa tip yang disediakan untuk mendapatkan harga yang istimewa dan mengelakkan dari dikenakan harga tidak masuk akal.
- Tawar menawar terus dengan tauke kedai.
- Pergi ke kedai tumpuan yang ramai pembeli dari kalangan penduduk tempatan. Jika tidak mahu membuang masa survey harga di Rantau Panjang, cari sahaja kedai yang mana ramai pembelinya dari kalangan warga tempatan. Peluang anda berjumpa kedai paling murah sangat cerah.
- Elakkan datang ke sini pada hari Jumaat dan Sabtu terutamanya pada waktu petang kerana pada waktu inilah waktu yang paling sesak dan sukar untuk tawar menawar, membeli pun tidak tenang dengan orang ramai, ditambah pula terik panas.
- Masa sesuai untuk membeli-belah adalah jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada waktu ini pengunjung belum ramai, jadi pekedai biasanya akan melayan anda jika anda ingin merunding harga sesuatu barang. Datang lebih awal lebih baik kerana lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk survey segenap kedai di Rantau Panjang bagi mendapatkan harga yang terbaik.
Dan yang paling penting,negeri Kelantan memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan,masakan,kuih-muih,dan lauk-pauk yang istimewa.Pastikan jangan lupa untuk mencuba!
No comments:
Post a Comment