Sunday 21 May 2017

1. Kuih Akok

Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis Kuih Akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan Akok Bunga yang dikenali juga sebagai Akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.
2. Nasi Kerabu

Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit.
3. Kuih Tahi Itik

Kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih ini disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Selepas itu, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
4. Kuih Jala Mas

Kuih Jala Mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula. Ia disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.

No comments:

Post a Comment